SEJARAH SMK (P) BANDARAYA

 

Sekolah ini berasal dari Sekolah Menengah Kampong Baru sebagai sekolah induknya. Apabila jumlah murid kian meningkat dan terdapat masalah kekurangan  tempat dan kemudahan, sekolah ini dipecahkan kepada tiga bahagian iaitu :

a) Sekolah Menengah Kampong Baru

b) Sekolah Menengah Jalan Ipoh

c) Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Davis

Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1966 dengan nama asalnya iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Davis.

Pada mulanya sekolah ini jumlah muridnya hanya 640 orang serta gurunya seramai 25 orang sahaja. Pengetua sekolah ketika itu ialah Puan Teh Gin Sooi.

Kemudahan fizikal sekolah sangat terhad. Sekolah hanya terdiri daripada dua blok bangunan dan dua tingkat mengandungi 17 bilik darjah, empat bilik SRT, sebuah bilik lukisan, bilik guru dan kantin.

Pada tahun 1975, pihak Kementerian Pelajaran dan Jabatan Kerja Raya berusaha untuk memperbaiki keadaan sekolah.

Sekolah ini dibuka dengan rasminya pada 22.7.1975 oleh Yang Berhormat Encik Chan Siang Sun, Timbalan Menteri Pelajaran. Nama sekolah telah ditukarkan namanya daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Davis kepada Sekolah Menengah Perempuan Jalan Davis.

Pada tahun 1976, sekolah ini hanya mempunyai kelas Peralihan dan Tingkatan Satu.

Sekolah ini sekali lagi telah bertukar nama dari daripada Sekolah Menengah Perempuan Jalan Davis kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan Bandaraya (SMKPB) pada tahun 1976 dan kekal hingga kini.

Pada tahun 1992, SMKPB mendapat tambahan satu blok empat tingkat dan sebuah bengkel kemahiran hidup.

Kini, SMKPB telah mengalami banyak perubahan fizikal dan pelbagai kemudahan disediakan untuk keselesaan murid dan guru. SMKPB sekarang mempunyai tiga blok bangunan dua tingkat satu blok bangunan kantin.