SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2011
Laporan oleh: Cik Nur Azlina bt Ab Jalil
Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia telah diumumkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan murid-murid SMK (P) Bandaraya telah mengambil keputusan masing-masing pada 21 Mac 2012. Murid-murid SPM 2011 telah datang seawal 10.00 pagi untuk mengambil keputusan ini. Bagi SPM 2011, murid terbaik SPM bagi SMK (P) Bandaraya ialah Seow Pei Bei dengan mendapat 2A+, 5A, dan 3A- (10A). Gred purata sekolah pula ialah 4.76.
TAKLIMAT RINTIS MATA PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL
Laporan oleh : Pn Lili Suranie bt Arep @ Ariff
Taklimat Ujian Rintis Pendidikan Moral telah diadakan pada 13 Januari 2012. Taklimat disampaikan oleh Puan Manjit Kaur a/p Surat Singh . Beliau menjelaskan bahawa hala tuju pendidikan adalah untuk menyediakan modal insan yang kreatif ,inovatif dan berkemahiran, mempunyai kompetensi yang tinggi ,daya kreativiti dan inovasi yang menepati keperluan pasaran dan ekonomi abad ke-21 berserta sikap positif dan nilai insaniah yang murni. Oleh itu, kurikulum kebangsaan perlu dikaji semula bagi memastikan kurikulum yang holistik dan sentiasa relevan untuk melahirkan modal insan seimbang yang dapat menangani cabaran semasa. Transformasi kurikulum adalah untuk penambahbaikan kurikulum sedia ada bagi menyediakan murid dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan dengan keperluan dan cabaran abad ke-21.Perkara yang berubah dalam KSSM adalah dari segi bahan, bentuk, organisasi, kandungan, peruntukan masa, pedadogi, pentaksiran dan pengurusan kurikulum. Elemen tambahan dalam KSSM ialah elemen kreativiti dan inovatif, keusahawanan dan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK). Puan Manjit Kaur memberi contoh bagaimana untuk menerapkan elemen merentas kurikulum(EMK) dalam P & P guru.
Oleh itu, LDP ini telah berjaya memberi pendedahan kepada guru-guru tentang KSSM yang akan dilaksanakan mulai tahun 2014. LDP ini telah berjalan dengan lancarnya.
We have 12 guests and no members online
![]() | Today | 1 |
![]() | Yesterday | 56 |
![]() | This_Week | 46 |
![]() | This_Month | 963 |
![]() | All days | 124529 |